Showing posts with label Final exam. Show all posts
Showing posts with label Final exam. Show all posts

Saturday, May 30, 2009

Berakhirnya Final Exam

0 comments
Berakhirlah final exam saya di Politeknik Sultan Azlan Shah. Rasanya seperti gembira, tetapi saya bersedih kerana selepas ini saya tidak akan berjumpa dengan semua rakan-rakan saya selama 6 bulan.

Selepas ini saya akan menjalani Latihan Industri di Millennium Tax Consultan di Klang. Jadi memang tidak akan berjumpa dengan kawan2 lagilah.. Jika mahu berjumpa pun, yang dekat dengan area klang sahaja.

Bukan sekadar berakhir final exam, tetapi banyak lagi perkara yang berlaku. Semalam saya baru sahaja menghantar Ibu, kakak dan abang saya ke KLIA untuk mereka pergi Umrah.. Selain itu pulak Top Affiliate Cabaran RM1K saya juga berakhir..

saya telah mengumumkan pemenang disini. Anda boleh lihat pemenangnya. Adakah anda tersenarai? Jika belum, teruskan promosi anda. Saya masih membuka program affiliate Cabaran RM1K ini sehingga bulan hadapan. Pada akhir bulan hadapan, barulah keputusan seterusnya dibuat.

Rugilah jika anda tidak merebutnya sekarang. Tetapi berakhir ini tidak bermaksud semuanya berakhir.. Ada sesuatu perancangan terbaru yang bakal saya buat pada awal bulan hadapan.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jadi tunggu kemunculannya. Baca selanjutnya »» "Berakhirnya Final Exam"

Thursday, May 28, 2009

Final Exam saya Semakin Berakhir

0 comments
Alhamdulillah hari ini saya selesai menjawab soalan final yang ke tiga. Agak sukar jugalah soalan kali ini. Walaupun sudah study, masih juga blur untuk menjawabnya. Tidak mengapalah, paling tidak kita sudah mencubanya.

Tinggal esok sahaja lagi untuk saya lepas daripada minggu Final Exam Politeknik. Selepas ini boleh saya tumpukan masa 2 Bulan bersama perniagaan internet. InsyaALLAH saya akan membuat 1 lagi cabaran affiliate. Harap-harap mendapat sambutan kerana produk yang saya bakal masukkan sistem affiliate ini sangat laris.

Kali ini akan saya buat PPS (pay per sales), jangtan risau, saya akan bantu sebaik mungkin didalam mempromosikan link affiliate anda. Saya akan berikan segala bantuan yang boleh diberikan.

Apa pun tunggu sehingga saya selesai final exam,. Oh ya, komisen kali ini adalah RM15 per sales. 1 jualan yang berjaya anda buat, saya akan bayar RM15. Selanjutnya akan saya terangkan kemudian.

Tunggu kemunculannya JUN ini... Baca selanjutnya »» "Final Exam saya Semakin Berakhir"

Tuesday, May 26, 2009

Berakhir Paper Final Perakaunan Kos

0 comments
Alhamdulillah hari ini saya selesai menghabiskan kertas peperiksaan akhir perakaunan kos. Berkat daripada doa anda semua, saya mudah untuk menjawab soalan tersebut. Syukur kepada ilahi kerana memberi kemudahan kepda saya dan juga rakan-rakan saya.

Ini bermakna saya hanya tinggal 2 peperiksaan sahaja lagi. Peperiksaan Perakaunan Kewangan 2 dan juga Peperiksaan UBS. Jika anda tahu mengenai Audit, itu adalah sebahagian kerja saya. Jika ada rezeki, boleh tubuhkan syarikat sendiri pulak lepas ni.

Bulan May semakin panas rupanya dengan Produk IM tempatan, saya sendiri mendapat banyak tawaran daripada IM tempatan. Pakej Tips Percuma saya juga semakin hari semakin hangat!! Semakin ramai yang mempromosikan Pakej Tips Percuma tersebut.

Akhir bulan ini saya akan umumkan pemenang bagi Top Affiliates Cabaran RM1K tersebut. Dan nampak gayanya target masih belum tercapai, maka saya akan meneruskan Cabaran RM1k ini sehingga bulan hadapan.

Rezeki berada dihadapan anda, tinggal nak kutip sahaja lagi. Baiklah itu sahaja untuk hari ini. Saya pun kurang sehat semenjak semalam. Doakan saya cepat sembuh daripada penyakit yang tidak diketahui ini ya.

Semoga ALLAH memberkati anda semua.
Baca selanjutnya »» "Berakhir Paper Final Perakaunan Kos"

Monday, May 25, 2009

Paper Costing Politeknik Malaysia

0 comments
Esok bermula lagi peperangan minda saya yang kedua. 1 Paper final exam yang agak mencabar minda untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Pelawat blog ini semakin hari seperti biasa sahaja, tiada peningkatan dan tiada pengurangan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang melawat blog saya.

Blog tutorial saya semakin ramai pengunjung, tetapi nampaknya saya pula yang tidak sempat untuk mengupdate blog tutorial tersebut. Maklum sahajalah bulan May ini merupakan bulan yang paling sibuk buat saya. Saya ada buat Cabaran Affiliate RM1K, saya menghadapi final exam, dan saya juga banyak mengkaji mengenai Adsense.

Jika projek adsense saya ini berjaya, insyaALLAH awal bulan depan keluarlah payment pertama adsense saya. Harap2 tiada masalah dan tidak melanggar sebarang Google TOS. Mulai bulan hadapan pasti saya akan cuba membantu anda pula untuk mendapatkan income pertama daripada adsense (jika projek saya berjaya, doakan sahajalah berjaya ya).

Baiklah, bulan hadapan saya akan terangkan lagi mengenai Projek Adsense ini. Doakan saya ya untuk Paper Costing esok. Semoga saya dan rakan2 seperjuangan mudah untuk menjawab. Baca selanjutnya »» "Paper Costing Politeknik Malaysia"

Tuesday, May 19, 2009

Selesai Paper Law Final Exam Politeknik

0 comments
Hari ini saya selesai menjawab paper exam Law (undang-undang syarikat). Selepas pulang daripada poly, elektrik pula tiada. Dalam hati saya hendak semak sales untuk Panduan EasyAutores.

Tetapi tidak dapat dilakukan, akhirnya saya keluar bersama rakan untuk mandi di air terjun Sungai Bell. Wah, dah lama tidak mandi disana.

Apabila saya pulang dirumah, saya sempat semak jualan Panduan EasyAutores dan Update minisite Pakej Tips Percuma. Berwajah baru dan diharapkan lebih ramai lagi yang sertainya dan saya dapat habiskan RM1K tersebut.

Jom lihat wajah baru Pakej Tips Percuma. Nak sertai program affiliate pakej tips percuma? Daftar disini.

Maklumat lanjut mengenai Program affiliate Pakej Tips Percuma, anda boleh lihat disini.

Minisite baru Pakej Tips Percuma ini dibuat oleh team terabiz, terima kasih diucapkan. Jasa anda akan saya kenang. Okey, sampai sini sahaja dahulu, saya letih ni. Nak rehatkan minda dan esok jika ada masa, saya update blog tutorial. Baca selanjutnya »» "Selesai Paper Law Final Exam Politeknik"

Monday, May 18, 2009

Peperangan Minda Bermula

2 comments
Mulai hari ini, peperangan minda bermula buat semua pelajar politeknik. Saya ingin mengucapkan semoga berjaya buat semua pelajar yang sedang menjalani final exam. Tidak kira dimana jua anda berada, kita sama-sama menduduki final exam.

saya mohon jasa baik anda semua, doakan kami semoga mudah untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang. InsyaALLAH jika semuanya cemerlang, pelapis negara kita semakin bagus dan terbaik. :)

Ramai juga IM dikalangan pelajar ipt/ipta, mereka juga sedang menduduki final exam, semoga berjaya ya,. Dunia internet adalah dunia maya, final exam adalah dunia kita.
jangan sampai lupa tanggungjawab sudah la.

Pendek sahaja saya hendak post, banyak lagi nak kena study ni, lepas paper LAW (undang-undang) ini selesai, saya akan post lagi. Doakan kami berjaya ya. Baca selanjutnya »» "Peperangan Minda Bermula"
 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas