Tuesday, May 26, 2009

Berakhir Paper Final Perakaunan Kos


Alhamdulillah hari ini saya selesai menghabiskan kertas peperiksaan akhir perakaunan kos. Berkat daripada doa anda semua, saya mudah untuk menjawab soalan tersebut. Syukur kepada ilahi kerana memberi kemudahan kepda saya dan juga rakan-rakan saya.

Ini bermakna saya hanya tinggal 2 peperiksaan sahaja lagi. Peperiksaan Perakaunan Kewangan 2 dan juga Peperiksaan UBS. Jika anda tahu mengenai Audit, itu adalah sebahagian kerja saya. Jika ada rezeki, boleh tubuhkan syarikat sendiri pulak lepas ni.

Bulan May semakin panas rupanya dengan Produk IM tempatan, saya sendiri mendapat banyak tawaran daripada IM tempatan. Pakej Tips Percuma saya juga semakin hari semakin hangat!! Semakin ramai yang mempromosikan Pakej Tips Percuma tersebut.

Akhir bulan ini saya akan umumkan pemenang bagi Top Affiliates Cabaran RM1K tersebut. Dan nampak gayanya target masih belum tercapai, maka saya akan meneruskan Cabaran RM1k ini sehingga bulan hadapan.

Rezeki berada dihadapan anda, tinggal nak kutip sahaja lagi. Baiklah itu sahaja untuk hari ini. Saya pun kurang sehat semenjak semalam. Doakan saya cepat sembuh daripada penyakit yang tidak diketahui ini ya.

Semoga ALLAH memberkati anda semua.

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas