Showing posts with label Cara Promosi. Show all posts
Showing posts with label Cara Promosi. Show all posts

Friday, June 5, 2009

Info dan Berita Untuk Agen Affiliate Saya

0 comments
Selesai juga saya membuatnya. Disini ingin saya maklumkan kepada semua agen affiliate bagi program affiliate yang saya anjurkan bahawa saya baru sahaja memasukkan sistem autoresponder untuk berita terkini dan juga tips mempromosikan produk affiliate.

Saya harap semua agen dapat subscribe menggunakan form tersebut. Ini dapat membantu anda juga di kemudian hari. Dengan adanya sistem tersebut, saya mudah untuk berinteraksi dengan anda semua (agen affiliate).

Jika saya ada sebarang tips atau teknik promosi yang ingin ditunjukkan, anda merupakan orang pertama yang akan mengetahuinya. Jadi cepat2lah subscribe. Percuma sahaja, tidak perlu bayar. Saya cuba untuk membantu anda semua (agen affiliate) untuk menghasilkan jualan / lead yang terbanyak.

InsyaALLAH pasti prestasi anda akan meningkat nanti.
Bagaimana hendak subscribe?
Mudah sahaja, saya sudah masukkan form tersebut didalam akaun affiliate anda.
Jadi anda masuk (login) ke akaun affiliate anda, dan anda akan lihat disebelah kiri ada form tersebut.

Selamat majujaya semua. :)

Sertai Program affiliate saya untuk menjana pendapatan secara online sekarang.
Lihat artikel ini :
1. Cabaran RM1K
2. Cabaran Affiliate Easy-Autores Dot Net
Baca selanjutnya »» "Info dan Berita Untuk Agen Affiliate Saya"

Thursday, June 4, 2009

Cara Promosikan Produk Affiliate

27 comments
Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana nak promosikan produk affiliate.. Terlalu ramai pulak tu bertanya soalan yang sama. Jika saya menjawab seorang demi seorang, penat juga nak menaip ni.

Jadi saya kongsikan disini, saya harap ianya membantu anda semua.

Cara mempromosikan Produk affiliate melalui blog.
Kebanyakan daripada mereka yang sertai program affiliate mempunyai blog sendiri. Tidak kiralah percuma atau berbayar. Cara terbaik untuk anda mempromosikan sesuatu produk affiliate adalah dengan membuat review produk tersebut.

Anda buat 1 posting baru dan ceritakan mengenai kelebihan produk tersebut. Anda ceritalah secara lengkap mengenai produk tersebut.
Ini memang banyak membantu untuk anda mendapat jualan.

Berbanding jika anda hanya meletakkan banner produk di blog anda. Jika hanya meletakkan banner, peratus untuk orang klik adalah kecil. Ini merugikan anda juga.
Jadi saya sarankan anda membuat review.

Cara mempromosikan melalui Myspace, friendster, facebook.
Cara ini saya kurang pasti, tetapi ianya sama juga dengan blog, cuma anda tidak boleh membuat review yang panjang lebar. Hanya sedikit ringkasa terhadap produk pon sudah memadai. Jadi yang tiada blog, cubalah teknik ini.

Cara mempromosi menggunakan Forum.
Cara ini paling mudah dan berkesan. Caranya anda hanya perlu join mana-mana forum, kemudian dibahagian signature anda, anda masukkan link affiliate anda. Pasti akan ada yang klik, ini kerana forum mempunyai traffik yang besar.

Cara mempromosi melalui komen,
cara ini juga dapat membantu anda untuk mempromosikan produk affiliate. anda hanya perlu melawat blog, myspace, friendster, facebook dan sebagainya dan anda hanya perlu berikan komen.
Anda berikanlah komen yang terbaik, letakkan gambar sekali semasa komen.. ini juga membantu anda..

Didalam semua cara ini, satu perkara yang perlu anda buat. Ayat promosi anda hendaklah POWER. Ini yang paling penting. Ayat power ini datang daripada anda sendiri. Saya tidak dapat membantu.

Jom sertai program affiliate terbaru saya,
lihat artikel ini..
Baca selanjutnya »» "Cara Promosikan Produk Affiliate"
 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas