Showing posts with label Cabaran RM1K. Show all posts
Showing posts with label Cabaran RM1K. Show all posts

Thursday, July 2, 2009

Komisen Affiliate Berjaya Dibayar

0 comments
Alhamdulillah selesai sudah saya membayar semua komisen affiliate bagi Pakej Tips Percuma. Bagi yang tidak mencapai syarat minimum, saya mohon maaf. Saya sudah menutup program affiliate ini. Harap maklum, jika anda agen affiliate, sila log in dan baca news yang saya berikan.

Disini bukti pembayaran yang saya lakukan.



Diharapkan pada masa akan datang, lebih ramai lagi yang menyertai program affiliate yang saya anjurkan. Just for fun, nak bagi duit kat orang.. :)

Okeylah, saya perlu pergi kerja, hope anda enjoy semua dengan duit free dari internet.
Baca selanjutnya »» "Komisen Affiliate Berjaya Dibayar"

Saturday, May 30, 2009

Berakhirnya Final Exam

0 comments
Berakhirlah final exam saya di Politeknik Sultan Azlan Shah. Rasanya seperti gembira, tetapi saya bersedih kerana selepas ini saya tidak akan berjumpa dengan semua rakan-rakan saya selama 6 bulan.

Selepas ini saya akan menjalani Latihan Industri di Millennium Tax Consultan di Klang. Jadi memang tidak akan berjumpa dengan kawan2 lagilah.. Jika mahu berjumpa pun, yang dekat dengan area klang sahaja.

Bukan sekadar berakhir final exam, tetapi banyak lagi perkara yang berlaku. Semalam saya baru sahaja menghantar Ibu, kakak dan abang saya ke KLIA untuk mereka pergi Umrah.. Selain itu pulak Top Affiliate Cabaran RM1K saya juga berakhir..

saya telah mengumumkan pemenang disini. Anda boleh lihat pemenangnya. Adakah anda tersenarai? Jika belum, teruskan promosi anda. Saya masih membuka program affiliate Cabaran RM1K ini sehingga bulan hadapan. Pada akhir bulan hadapan, barulah keputusan seterusnya dibuat.

Rugilah jika anda tidak merebutnya sekarang. Tetapi berakhir ini tidak bermaksud semuanya berakhir.. Ada sesuatu perancangan terbaru yang bakal saya buat pada awal bulan hadapan.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jadi tunggu kemunculannya. Baca selanjutnya »» "Berakhirnya Final Exam"

Thursday, May 28, 2009

Final Exam saya Semakin Berakhir

0 comments
Alhamdulillah hari ini saya selesai menjawab soalan final yang ke tiga. Agak sukar jugalah soalan kali ini. Walaupun sudah study, masih juga blur untuk menjawabnya. Tidak mengapalah, paling tidak kita sudah mencubanya.

Tinggal esok sahaja lagi untuk saya lepas daripada minggu Final Exam Politeknik. Selepas ini boleh saya tumpukan masa 2 Bulan bersama perniagaan internet. InsyaALLAH saya akan membuat 1 lagi cabaran affiliate. Harap-harap mendapat sambutan kerana produk yang saya bakal masukkan sistem affiliate ini sangat laris.

Kali ini akan saya buat PPS (pay per sales), jangtan risau, saya akan bantu sebaik mungkin didalam mempromosikan link affiliate anda. Saya akan berikan segala bantuan yang boleh diberikan.

Apa pun tunggu sehingga saya selesai final exam,. Oh ya, komisen kali ini adalah RM15 per sales. 1 jualan yang berjaya anda buat, saya akan bayar RM15. Selanjutnya akan saya terangkan kemudian.

Tunggu kemunculannya JUN ini... Baca selanjutnya »» "Final Exam saya Semakin Berakhir"

Tuesday, May 26, 2009

Berakhir Paper Final Perakaunan Kos

0 comments
Alhamdulillah hari ini saya selesai menghabiskan kertas peperiksaan akhir perakaunan kos. Berkat daripada doa anda semua, saya mudah untuk menjawab soalan tersebut. Syukur kepada ilahi kerana memberi kemudahan kepda saya dan juga rakan-rakan saya.

Ini bermakna saya hanya tinggal 2 peperiksaan sahaja lagi. Peperiksaan Perakaunan Kewangan 2 dan juga Peperiksaan UBS. Jika anda tahu mengenai Audit, itu adalah sebahagian kerja saya. Jika ada rezeki, boleh tubuhkan syarikat sendiri pulak lepas ni.

Bulan May semakin panas rupanya dengan Produk IM tempatan, saya sendiri mendapat banyak tawaran daripada IM tempatan. Pakej Tips Percuma saya juga semakin hari semakin hangat!! Semakin ramai yang mempromosikan Pakej Tips Percuma tersebut.

Akhir bulan ini saya akan umumkan pemenang bagi Top Affiliates Cabaran RM1K tersebut. Dan nampak gayanya target masih belum tercapai, maka saya akan meneruskan Cabaran RM1k ini sehingga bulan hadapan.

Rezeki berada dihadapan anda, tinggal nak kutip sahaja lagi. Baiklah itu sahaja untuk hari ini. Saya pun kurang sehat semenjak semalam. Doakan saya cepat sembuh daripada penyakit yang tidak diketahui ini ya.

Semoga ALLAH memberkati anda semua.
Baca selanjutnya »» "Berakhir Paper Final Perakaunan Kos"

Thursday, May 14, 2009

Jana Wang Di Internet Dengan Mudah Dan Cepat

0 comments
Ramai dikalangan anda saya lihat mahu jana wang di internet. Tetapi bukan itu sahaja, siap nak cepat dan mudah.. Ingat macam makan kacang ker??

Memang ada yang cakap macam makan kacang, tetapi siapa yang berkata-kata itu? Berapa lama sudah dia menceburi bidang itu?

Bagi pendapat saya sendiri, untuk jana wang paling mudah adalah dengan blog. Anda buat blog kemudian buat artikel cerita mengenai apa sahaja yang anda rasa mudah nak karang dan selesa.

Selepas itu anda masukkanlah iklan sikit2 seperti iklan dari nuffnang dan sebagainya.
Kemudian sertai Program Affiliate PPL/PPS. Contohnya seperti yang sedang saya langsungkan ini, program tersebut mampu memberikan anda $$$ dengan mudah. Hanya promote dan saya bayar.

Sertai disini (lebih 100 orang sudah sertai, anda bila lagi?? PERCUMA SAHAJA)

Nampak x? sebenarnya dengan blog ini anda mampu mempopularkan blog, diri, dan juga jana $$$. Hanya dengan 1 blog sahaja anda boleh dapat semua. Jadi saya memang menggalakkan anda semua buat blog hari ini juga dan mulakan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan.

Bukan buat hari ini dan tinggalkan, itu jika dan ada panduan buat autoblog boleh la.. Teknik tersebut akan dilancarkan dalam masa 3 hari lagi.. Boleh generate income jugak tu.

Konsepnya sama juga, blog juga yang memainkan peranan. Itu yang saya katakan bahawa blog ini memang memainkan peranan yang tinggi. Rugi jika tiada blog. Mulakan langkah anda hari ini.

Dapatkan Panduan Asas Blogger dengan Harga Termurah. Download Disini. Baca selanjutnya »» "Jana Wang Di Internet Dengan Mudah Dan Cepat"

Monday, May 11, 2009

Auto Blog - Teknik Mudah Jana Wang Online

0 comments
Ramai diantara kita yang membuat blog auto. Apa yang auto ni??
Pada mulanya saya juga tidak tahu apa yang auto, rupanya artikel didalam blog tersebut adalah auto post/update.

Jadi apa yang kita buat?
kita hanya perlu membuat, setup dan biarkan sahaja. huhu, memang teknik hebat dan ramai yang mencubanya.

Nanti akan duplicate content la..
Jawapan saya, tidak, sebab apa? dalam ebook free ni dah ada diberikan plug-in untuk rewrite artikel, susah saya hendak terangkan disini, panjang berjela penerangan dia.

Anda download sahaja ebook ni, lepas anda baca, pasti anda faham bagaimana caranya. Percuma sahaja untuk anda tambahkan ilmu.

Download Percuma Disini


p/s: semakin sengit Cabaran Affiliate RM1K saya, semakin ramai yang sertai, semoga semuanya berjaya. InsyaALLAH. Baca selanjutnya »» "Auto Blog - Teknik Mudah Jana Wang Online"

Friday, May 8, 2009

Final Exam Politeknik

0 comments
Exam sudah semakin dekat ni, saya semakin sibuk dengan study.. harap maaf kepada semua yang ingin berYM dengan saya. Ada kalanya saya online tetapi sibuk, adakalanya saya free. Diharapkan anda semua faham.

Semester ini saya hendak mendapatkan yang terbaik, jadi kenalah berusaha lebih sikit. Bukan mudah untuk berjaya, kita perlu juga berusaha untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Kita semua ini tiada bezanya, hanya manusia biasa.

Selepas pelancaran Cabaran RM1K saya itu, saya semakin sibuk untuk study mata pelajaran yang saya ambil. Harap anda semua faham. Saya akan banyak contact melalui email selepas ini. Mungkin nak posting di blog agak sukar sedikit.

Tips dan Trick blogger mungkin akan berhenti seketika. Saya hendak tumpu pada pelajaran sikit. hehe.. Saya lihat banyak juga blogger yang sudah semakin hebat dan mereka lbih hebat daripada saya, jadi anda supportlah mereka dan dapatkan tips dan trick blogger daripada mereka.

Semua orang boleh buat, jadi anda sokonglah mereka ini. Penat untuk mengajar orang ini, bukan diminta untuk dibayar, hanya perkongsian ilmu sahaja. hehe, apa salahnya anda support mereka.

Saya doakan semoga anda semua berjaya didalam dunia blogging. Selamat berjaya.

p/s: anda sudah sertai affiliate Cabaran RM1K saya? Jika belum, sertai disini. Baca selanjutnya »» "Final Exam Politeknik"

Wednesday, May 6, 2009

Kesibukan Boleh Menjadikan Anda Abaikan Kesihatan?

0 comments
Didunia ini kita sibuk mencari duit, pahalanya dicari juga atau tidak?
Harap-harap kita berada didalam golongan orang yang beriman.

Walaupun sibuk dengan dunia, jagalah kesihatan diri juga supaya aktiviti lain tidak terganggu. Saya juga buat masa ini ada sedikit masalah kesihatan. Mungkin kerana kurang tidur.

Maklumlah minggu ini sahaja saya perlu menyiapkan Projek (assignment). Jadi tidak cukup masa. Itulah akibat buat kerja last minit. Akhirnya semuanya selesai dan juga saya selesai menyiapkan sepenuhnya Cabaran RM1K saya itu.

Bercerita mengenai Cabaran RM1K ini, saya sudah lama ingin membuatnya suatu ketika dahulu, tetapi disebabkan ada masalah script affiliate, maka saya hanya tidak melancarkannya dahulu.

Sekarang ini Bukan sahaja Bonus Lead teramai yang saya berikan, malah Top Affiliates juga akan mendapat bonus tersendiri. Top Affiliates ini bermakna dia menjuarai carta affiliate. Kedudukan tempat pertama itulah Top Affiliate.

Jadi rugi jika anda tidak sertainya,RM1000 saya sediakan untuk anda. Rebutlah peluang selagi masih ada.

Cerita lanjut mengenai cabaran RM1K ini, anda boleh lihat disini.
Baca selanjutnya »» "Kesibukan Boleh Menjadikan Anda Abaikan Kesihatan?"

Tuesday, May 5, 2009

Akhirnya Tercapai Juga Hasrat

0 comments
Akhirnya saya dapat juga menlancarkan Program PPL sendiri. Huh, memang penat nak setup semuanya, dan selepas berusaha bersungguh-sungguh semalam sehingga jam 5 pagi, siaplah semuanya.

Serba sedikit mengenai Program PPL yang saya jalankan boleh dibaca di blog tutorial saya. Boleh lihat disini.

Program ini berjalan seperti yang dikatakan di blog tutorial tersebut. Jadi diharapkan anda semua menyertainya. RM1K untuk dimenangi. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Saya berikan peluang kepada anda untuk mula menjana pendapatan di internet.

Rebut peluang ini dan berpeluang mendapatkan RM1K.

Pakej tips percuma yang saya berikan adalah seperti ini :

1. Panduan Affiliate Raja lelong
2. Panduan membuat blog dengan Blogger.com
3. Pakej Tips percuma yang terdiri daripada:

a) Tarik traffik ke blog dengan widget feedjit.
b) Tip Kaspersky (guna percuma seumur hidup).
c) SEO Made Easy Guide.
d) Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Google Adsense

Jadi jika anda mahu mempromosi Cabaran RM1K ini, anda bolehlah mempromosikan berdasarkan Pakej tips percuma yang bakal mereka dapat jika subscribe.
Sememangnya pakej ini lengkap dari Bina Blog --> Tarik traffik --> SEO --> Jana pendapatan dengan adsense/affiliate --> jaga keselamatan komputer ketika melayari internet dengan tips antivirus yang diberikan.

Memang lengkap.. Semoga ini membantu anda semua untuk mempromosikan web affiliate masing-masing.

p/s: Anda boleh copy artikel yang saya berikan. Baca selanjutnya »» "Akhirnya Tercapai Juga Hasrat"
 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas