Berakhirlah final exam saya di Politeknik Sultan Azlan Shah. Rasanya seperti gembira, tetapi saya bersedih kerana selepas ini saya tidak akan berjumpa dengan semua rakan-rakan saya selama 6 bulan.
Selepas ini saya akan menjalani Latihan Industri di Millennium Tax Consultan di Klang. Jadi memang tidak akan berjumpa dengan kawan2 lagilah.. Jika mahu berjumpa pun, yang dekat dengan area klang sahaja.
Bukan sekadar berakhir final exam, tetapi banyak lagi perkara yang berlaku. Semalam saya baru sahaja menghantar Ibu, kakak dan abang saya ke KLIA untuk mereka pergi Umrah.. Selain itu pulak Top Affiliate Cabaran RM1K saya juga berakhir..
saya telah mengumumkan pemenang disini. Anda boleh lihat pemenangnya. Adakah anda tersenarai? Jika belum, teruskan promosi anda. Saya masih membuka program affiliate Cabaran RM1K ini sehingga bulan hadapan. Pada akhir bulan hadapan, barulah keputusan seterusnya dibuat.
Rugilah jika anda tidak merebutnya sekarang. Tetapi berakhir ini tidak bermaksud semuanya berakhir.. Ada sesuatu perancangan terbaru yang bakal saya buat pada awal bulan hadapan.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jadi tunggu kemunculannya.
Saturday, May 30, 2009
Berakhirnya Final Exam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment