Monday, May 25, 2009

Paper Costing Politeknik Malaysia


Esok bermula lagi peperangan minda saya yang kedua. 1 Paper final exam yang agak mencabar minda untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Pelawat blog ini semakin hari seperti biasa sahaja, tiada peningkatan dan tiada pengurangan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang melawat blog saya.

Blog tutorial saya semakin ramai pengunjung, tetapi nampaknya saya pula yang tidak sempat untuk mengupdate blog tutorial tersebut. Maklum sahajalah bulan May ini merupakan bulan yang paling sibuk buat saya. Saya ada buat Cabaran Affiliate RM1K, saya menghadapi final exam, dan saya juga banyak mengkaji mengenai Adsense.

Jika projek adsense saya ini berjaya, insyaALLAH awal bulan depan keluarlah payment pertama adsense saya. Harap2 tiada masalah dan tidak melanggar sebarang Google TOS. Mulai bulan hadapan pasti saya akan cuba membantu anda pula untuk mendapatkan income pertama daripada adsense (jika projek saya berjaya, doakan sahajalah berjaya ya).

Baiklah, bulan hadapan saya akan terangkan lagi mengenai Projek Adsense ini. Doakan saya ya untuk Paper Costing esok. Semoga saya dan rakan2 seperjuangan mudah untuk menjawab.

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas