Sunday, May 24, 2009

Menjana Pandapatan Di Internet Semudah Dikatakan??


Menjana pendapatan di internet ini mudah ker?? Adakah ianya semudah yang kita sangkakan??

Orang kata senang, tetapi saya rasa ianya bukan semudah yang dikatakan. Semua ini adalah bergantung kepada diri seseorang itu. Ada sesetengah orang dia mudah untuk menangkap apa sahaja yang dipelajarinya. Ada sesetengah pula lambat sikit untuk faham.

Jadi yang lambat faham ini akan menempuh kesukaran yang lebih berbanding mereka yang cepat faham. Kita tidak boleh salahkan pengajar, mereka semuanya sudah membantu kita, cuma selebihnya adalah bergantung kepada kita sahaja.

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana hendak menjana pendapatan di internet?
Saya hanya syorkan blog. Buat blog dan mulakan langkah seterusnya untuk menjana pendapatan di internet. Kenapa blog??

Sebabnya adalah dengan blog anda boleh berkomunikasi. Anda boleh letakkan apa sahaja yang anda suka di blog anda sendiri. Sambil enjoy dengan blog anda, secara sambilan, anda sertailah Affiliate, Adsense, dan sebagainya. Tempat mempromosikannya adalah di blog anda sendiri.

Di blog anda sendiri, anda mempunyai kekuatan yang tersendiri. Antaranya pelawat yang datang ke blog anda sudah pasti percaya kepada anda. Jadi dengan kekuatan ini, anda mampu mengubahnya kepada $$$. Saya sentiasa fokus kepada 2 benda sahaja.

Pertama sekali sudah tentu blog. Ini kerana blog merupakan tapak penjana pendapatan saya semenjak 8 bulan yang lalu. Saya juga lebih selesa dengan blog. Dengan adanya ilmu blogging, saya mampu membuat blog baru dalam masa beberapa minit sahaja.

Jadi lebih baik saya gunakan kelebihan yang ada ini untuk menjana pendapatan saya. Anda rasa anda tidak boleh? Pastikan jika anda mahu menjana pendapatan di internet, anda fokus kepada sesuatu yang anda sedang lakukan.

Jika hilang fokus, saya rasa tidak lamalah. Nak dapatkan RM500 tetapi lebur RM5000.. Itulah akibatnya jika tidak fokus. Jika anda lihat orang lain berjaya, pasti anda juga mahu seperti mereka. Ianya tidak mustahil, tetapi untuk mencapainya anda perlulah menempuh dugaan, cabaran dan halangan seperti mereka juga.

Tiada jalan singkat untuk menjadi senang di dunia ini. Itu yang perlu anda ingat. Sambil saya menulis artikel ini, sebenarnya ianya juga adalah untuk saya sendiri. Kadangkala saya juga hilang fokus. Sama-sama kita jadikannya sebagai motivasi diri.

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas