Friday, September 18, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dari solehpolysas


Assalamualaikum kepada semua umat islam sedunia. Sudah tiba pula hari kemenangan kita, kini bulan ramadhan hampir menutup tirai. Diharapkan pada bulan ramadhan tahun ini kita dapat meluangkan banyak masa untuk beribadah kepada ilahi.

Semoga segala amalan kita diterima olehNya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang mengenali saya ataupun tidak. Jika belum kenal, bolehlah kita berkenalan..hehehe.. ramai kawan banyak pengalaman.

Saya harap kepada semua yang hendak pulang kekampung halaman, berhati-hatilah dijalan raya. Semoga kita sama-sama selamat pergi dan pulang. Saya juga akan balik kekampung halaman untuk beraya. Jadi saya akan bercuti selama seminggu.

Sepanjang 1 minggu percutian saya, tiada sebarang update yang akan dibuat kerana ketiadaan internet dikampung halaman. Saya juga mahu meraikan hari raya dengan tenang sahaja tanpa sebarang gangguan. Diharapkan anda semua juga bergembira dihari yang mulia - hari raya..

Selamat bercuti semua..

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas