Saturday, September 12, 2009

Kualiti Perkhidmatan Pelanggan TM Center


Hari ini saya mengalami masalah dengan talin internet saya. Setengah hari ada masalah, rasa seperti sudah patah tangan. Tidak ada kerja yang hendak dibuat tanpa internet. Maklumlah saya ada banyak benda yang memerlukan internet. Jadi saya pun tanpa melengahkan masa saya terus menghubungi TM Center di talian 100.

Banyak jugak yang diajarkan oleh pelayan dari TM. Setiap masalah saya cuba diselesaikan oleh mereka, setiap seorang pelayan mempunyai cara penyelesaian yang berbeza. Saya berkata sebegitu kerana masalah saya tidak selesai sehinggalah 4 kali saya menghubungi TM Center.

Masalah saya hanyalah talian internet tidak dijumpai (server not found). Semua lampu DSL, Ethernet tiada masalah. Cuma lampu pada bahagian Internet sahaja tidak stabil. Selepas saya menghubungi untuk kali ke 4, barulah masalah saya selesai. Mereka meminta saya membuat connection secara manual (log in ke streamyx).

Selepas berjaya, saya bertanyalah apa punca masalah saya, mereka kata ianya hanyalah sedikit masalah pada modem saya. Modem saya automatic reset daripada setting asal. Jadi mereka menyuruh saya setting semula modem internet saya. Alhamdulillah selepas saya setting semula, tiada masalah lagi dengan internet saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pelayan TM Center. Mereka sungguh ramah untuk melayan masalah pelanggan sehinggalah masalah selesai. Saya berikan 5/5 bintang untuk mutu perkhidmatan mereka. Keep it up. Jika anda ada masalah dengan talian internet ataupun talifon anda, anda hubungilah TM Center. Pasti masalah anda selesai dalam masa yang terdekat. Cubalah.. Ini pengalaman saya selepas mendapatkan perkhidmatan dari mereka..

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas