Hai semua, sudah agak lama saya tidak post berita tentang saya disini.. Tengok tajuk pun dah pelik. Adakah saya menyepi dari dunia online?? Hehehe.. Saya masih lagi sibuk dengan beberapa perkara. Projek blog Anime juga masih dalam kajian. Sekarang ini projek blog anime meningkat dan saya hanya menunggu hasilnya sahaja selepas hampir 2 bulan saya mengkaji dan mencubanya.
Diharapkan ianya berjaya 100% untuk program adsense. Saya menggunakan blog video Anime sebagai projek adsense. Dengan adanya video anime yang hangat didunia ini, projek adsense mudah untuk dijalankan. Disebabkan itulah saya kurang untuk mengupdate mana-mana blog dan juga saya kurang menyertai program affiliate. Setiap hari, saya akan menerima lebih 15 email bercerita tentang affiliate terbaru. Hehehe, dudok diam pon dapat tau berita affiliate. Walaupun kadang-kadang email tu menyusahkan, tapi berguna juga kerana kita tahu juga berita yang sedang hangat.
Sekarang ini saya sedang mencari 1 lagi projek untuk dikaji dan saya sudah memilihnya untuk diuji keberkesanannya. Tetapi kali ini income yang bakal saya dapat bukanlah secepat income adsense. Ianya memakan masa 1 tahun tetapi berterusan. Itulah konsep kajian saya yang terbaru. Jika anda ada idea atau cadangan mengenai projek ini, bolehlah beritahu saya ya. Saya suka mengkaji sehingga berjaya.
Untuk adsense sahaja, sudah dekat 2 tahun saya mencuba, tetapi projek yang terakhir juga yang berjaya. Syukur rezeki bulan ramadhan. Sebelum saya meneruskan projek terbaru ini, saya rasa saya hendak berehat selama 1 bulan untuk menenangkan fikiran sambil mencari idea. Sekarang ini saya masih buntu dengan projek terbaru. Tiada idea yang tercetus didalam kepala fikiran ni.
Jika anda seorang pembaca setia blog saya, sudah pasti anda juga pengikut blog saya yang lain. Disini ingin saya ingatkan kepada anda, jika anda mahu income adsense segera, gunakanlah blog video. Ada rahsia disebalik blog video yang masih belum anda ketahui. Cubalah..
Tuesday, September 8, 2009
Saya Menyepi Dari Affiliate??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment