Saturday, August 29, 2009

Rezeki Bulan Ramadhan


Alhamdulillah pada bulan ramadhan ini saya banyak menerima rezeki yang tidak disangka dan juga hasil daripada titik peluh saya selama beberapa bulan. Pada hari bekerja, saya juga seperti anda semua, saya bekerja sebagai seorang accountant (tp masih training). Walaupun saya seorang pelajar praktikal, saya telah diberikan sedikit kepercayaan untuk membuat keseluruhan account beberapa buah syarikan SDN BHD.

Itulah yang telah saya alami setelah sebualn praktikal di syarikat accounting. Pada hujung minggu lepas juga saya diberikan elaun. Walaupun tidak banyak, tetapi syukur kerana ada juga rezeki yang saya dapat. Jika mengikut peraturan politeknik, pelajar praktikal tidak boleh meminta sebarang elaun tetapi jika diberikan ambil sahajalah.

Takkan orang beri, kita hendak tolak kan?? Itu namanya menolak rezeki. Hehe.. Anda pula bagaimana? Tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya pula.. Mesti memerlukan wang dan perbelanjaan yang besar.. Saya rasa raya tahun ini sederhana sahaja sudahlah, kita perlu berjimat kerana ekonomi sekarang ini tidak stabil.

Lebih baik kita berjimat untuk masa hadapan kita kan. Sekarang ini juga saya tidak aktif didalam dunia affiliate. Maklum sahajalah saya sedang sibuk bekerja. Jadi kuranglah saya mempromosikan produk affiliate kepada anda. Saya lihat bulan ini saya sudah banyak produk baru yang keluar. Tidak sempat saya hendak membacanya. Maaf juga kepada semua yang mengajak saya untuk JV produk anda. Saya teramat sibuk. Tidak ada masa sangat untuk menyertai program yang anda anjurkan.. Hehehe..

Bila pula saya hendak keluarkan produk sendiri. Asyik produk orang lain saya. InsyaALLAH lepas raya ada la kot produk saya pula. Bukan mudah hendak mengeluarkan produk sendiri ni. Perlu menjaga kualiti produk tu baru boleh jual. Itupun jika produk tersebut mampu memberikan pulangan kepada pembeli.

Jadi jika anda mahu mengeluarkan produk sendiri, pastikan produk tersebut memberikan manfaat kepada si pembeli pada akhirnya nanti. Jika tidak pasti anda akan dikutuk.. :P

Okeylah, semoga berjaya semua..

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas