Friday, August 7, 2009

Penat Bekerja...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat blog ini. Sudah 2 minggu saya bekerja. Memang sungguh penat walaupun bukan bekerja seperti buruh kasar. Duduk didalam aircond pon boleh penat. Anda bayangkan jika dari jam 8.30 - 5.30 anda hanya duduk sahaja. Mesti penat..

Disebabkan saya penat dengan latihan industri ini, saya tidak dapat online seperti dulu. Kadang kala sahaja saya online. Jadi saya mohon maaf jika sebarang email anda tidak saya balas. Terima kasih saya ucapkan diatas segala sumbangan anda kepada saya.

Walaupun anda tidak sumbang apa-apa kepada saya, saya tetap menghargai anda kerana anda sanggup korbankan masa untuk membaca blog - blog saya. Terima kasih kerana menjadi pelawat setia. InsyaALLAH jika ada rezeki, bulan ramadhan nanti saya akan melancarkan 1 ebook yang menceritakan tentang "TRAFFIK KE BLOG".

Itu pun jika tiada sebarang masalah dan juga bergantung kepada masa lapang saya nanti. Saya akan berikan secara PERCUMA sempena bulan ramadhan ini nanti. Saya harap kita semua dimurahkan rezeki. Sama-sama kita berusaha dunia akhirat. InsyaALLAH.

Semuanya saya buat adalah secara sambilan sahaja, saya mahu anda tiru seperti saya. Jika betul caranya, pasti berjaya. Tunggu ya..

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas