Sunday, July 26, 2009

Bermulalah Latihan Industri (LI)


Mulai esok jam 8.00 pagi, bermulalah perjalanan baru sebagai seorang pelajar yang bekerja. Senang cerita menjalani latihan industrilah.. Hehehe.. Kemungkinan ketika saya menjalani latihan industri ini, saya kurang aktif untuk blogging. Tetapi blog anime mesti sentiasa UP2DATE!! hehe, hiburan perlu ada selepas stress dengan kerja seharian.

Jika ada yang masih belum tahu saya bekerja (LI) sebagai apa, ini saya terangkan sedikit mengenai diri saya. Saya merupakan pelajar bidang akaun dan mulai esok saya akan menjalani latihan industri di sebuah syarikat audit di Bukit Tinggi Klang. Jadi jika anda berdekatan dengan bukit tinggi, boleh kita jumpa.. Tetapi waktu rehat shj.

Jika waktu bekerja, mana boleh berjumpa. Waktu rehat, kita lepak2 di kedai minum, anda belanja saya.. hehehe.. Mungkin anda segan untuk berjumpa dengan saya, saya juga sebenarnya segan untuk berjumpa dengan org yang belum dikenali.

Lebih-lebih lagi jika baru sahaja kenal di dunia blogging ini. Maklumlah, saya baru berumur 20tahun dan anda merupakan seorang yang lebih tua dari saya. Memang ada perasaan segan.

Walaupun segan, tetapi jika mahu berchatting dengan saya melalui YM, apa salahnya. Saya sering online dan bila ada yang bertanya (dengan baik dan sopan) pasti saya akan jawab. Bila anda add saya di list anda, pasti saya akn add anda juga.

Saya harap anda dapat mendoakan semoga saya sentiasa tenang dan terus berjaya didunia dan akhirat ya, itu sahaja balasan yang saya minta. Saya juga akan sentiasa membantu anda didalam dunia blogging selagi saya mampu untuk membantu dan memberikan tips2 kepada anda.

Okeylah, dah maghrib ni, solat dahulu..

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas