Tuesday, July 28, 2009

2 Hari Bekerja...


Wah sudah 2 hari saya bekerja sebagai seorang accountant.. Penat juga rupanya menjadi seorang accountant ni. Kepala penuh dengan nombor sahaja. Tiada benda lain yang mampu anda fikirkan bila dihadapan mata hanyalah account syarikat besar. Dalam masa 2 hari ni, saya memang sibuk, maklumlah baru nak sesuaikan diri dengan keadaan tempat LI ni.

Dalam masa 2 hari ni jugak, keadaan tempat kerja masih OK, tiada masalah lain. Cuma makanan di bukit tinggi ni mahal sangat pulak. Kalau tiap2 hari makan RM10 tuk tengah hari, kalau sebulan dah berapa pulak? adus..

Tapi tidak mengapalah, mulai esok, saya akan cuba menjimatkan kos sara hidup.. hehe, income belum masyuk.. macam mana nak makan besar.. hehe..

Alhamdulillah syukur juga akhirnya blog anime saya semakin dikenali dan semakin hari, semakin ramai pelawat yang datang. google bot juga sudah semakin banyak yang masuk dalam blog anime tu. Saya harap selepas ini blog tersebut semakin hangat dan mendapat PR yang tinggi. Penat juga setup SEO tuk blog tu, harap2 menjadilah segala kerja keras yang telah dilakukan.

Okeylah, saya nak rehat dulu, penat pulak.. Maaf yer kalau sape2 nak chat dengan saya melalui YM, saya jarang online sekarang ni.. Penat sangat..

Kalau saya online pun, sekejap shj.. so maaflah..

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas