Tuesday, June 23, 2009

Semakin Jauh Blogger...


Pelik semacam pulak tajuk artikel ni.. hmm, entahla apa yang hendak dikatakan, semakin hari semakin jauh saya dengan blog. Lagi-lagi dengan blogger.com. Aik?? xkan sebab dah ada blog wordpress kot?

Hehe, blog wordpress yang penuh dengan kontroversi ( Buat Duit Di Internet ), memang kadang-kadang pelik. Ramai blogger baru yang saya jumpa baru-baru ini. Semakin hari semakin ramai yang mempunyai blog. Baguslah itu sesuatu yang baik bagi anda.

Blog mempunyai kuasa yang tersendiri, hanya dengan tulisan artikel dan ianya mampu mengubah sesuatu dengan dahsyat sekali. itulah peranan blog yang sangat hebat di alam maya ini. Berbalik kepada tajuk artikel ni, saya sebenarnya semakin sibuk dengan kerja-kerja lain. Bukan projek internet, tetapi kerja secara nyata (fizikal).

Tidak lama lagi, saya juga akan memulakan latihan industri. Wah semakin letih la nampaknya. Bagaimana pulalah keadaan blog saya nanti. Jika tiada apa-apa halangan, pasti saya akan mengupdate blog seperti biasa. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Untuk blog tutorial saya, erm semakin kurang idea untuk membuat artikel tips & trick. Saya tidak tahu apa yang hendak diberikan. Rasanya banyak perkara yang sudah dibuat oleh blogger yang lain. Sekarang ini sudah ada pakcik google yang hebat. Tanya sahaja pada pakcik google, pasti akan diberikan jawapan yang munasabah.

Jika saya aktif bermain dengan coding seperti dahulu, pasti banyak tips dan trick yang akan saya berikan. Tetapi sekarang ini agak sibuk sedikit dengan perniagaan alam maya. Banyak perkara lain yang perlu diselesaikan selain daripada bermain dengan coding.

Jadi janganlah anda terkejut jika saya tidak mengupdate blog dalam masa yang lama.hehe..

Related Posts ;



2 comments:

Muhd Suhaily on June 25, 2009 at 9:18 AM said...

Salam, semakin hari kita belajar dan semakin hari kita mencurahkan bakti, semakin hari kita akan menjadi lebih hebat.

solehpolysas on June 25, 2009 at 3:00 PM said...

to muhd suhaily ;
erm, betul tu.. itulah, sekarang ini hendak belajar lagi.. banyakkan lagi ilmu didada ni.. :)

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas