Friday, June 26, 2009

Blast Email dan Jawab Email


Selepas selesai menghantar email petang tadi, tiba masa untuk menjawab email pula. Ramai juga yang saya baru kenal di email. Maybe orang baru di Pakej Tips Percuma saya. Ada juga yang mengucapkan terima kasih diatas Pakej tips Percuma tersebut. Walaupun ianya tidak seberapa, saya amat berharap dengan pakej tips percuma itu, anda semua dapat manfaat daripadanya.

Saya tidak kisah jika anda tidak mengucapkan terima kasih kepada saya, saya hanya ingin membantu anda sahaja. Itu pun hanyalah sedikit sahaja bantuan yang dapat saya berikan. Selebihnya anda perlu berusaha sendiri.

Walaubagaimanapun, saya lihat pakej tips percuma saya berjaya membantu mereka yang belum ketahui membuat blog sehingga berjaya membuat blog sendiri. Saya ada perasan 2-3 blog yang baru dibuat hasil daripada panduan yang saya berikan. Syukur berjaya juga saya curahkan ilmu.. hehe.. hope lepas ni anda semua menjadi lebih mahir dan pakar di dunia maya ini.

Ada banyak perkara lagi yang perlu dilakukan selain daripada blog, tetapi saya menyarankan anda FOKUS. Jika anda FOKUS melakukan sesuatu perkara itu, pasti hasilnya akan membuatkan anda gembira.

Buat masa ini saya hendak FOKUS kepada adsense saya yang sudah lama dibiarkan. Dulu laju, tetapi bila dibiarkan, malap pula.. Terpaksalah berusaha lebih sikit untuk menaikkan semula earning adsense saya. Hope lepas ni boleh naik balik, modal dah banyak keluar ni.. :)

Jadi nasihat saya jika anda mahukan sesuatu, FOKUS untuk mendapatkannya. Pasti dapat walaupun lambat.. usaha perli gigih dan berterusan.. Cubalah..

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas