Sunday, June 21, 2009

Kenapa Hari Sabtu dan Ahad Tidak Update Blog?


Mesti ada beberapa orang yang perasan kenapa hari sabtu dan ahad saya tidak update blog. Ada beberapa sebab saya tidak update blog pada hari minggu ini, jika berupdate pun ikut mood saya jugalah. Sebenarnya ianya sebegini,

1. Hari Minggu adalah hari untuk bercuti.

Saya hendak bercuti dan rehatkan fikiran pada hujung-hujung minggu ini, jadi saya akan biarkan blog saya dan tinggalkan seketika 3 blog utama saya ini. Maklumlah sejak akhir-akhir ini sibuk dengan program lain dan setup blog untuk adsense. Jadi pada hari sabtu dan ahadlah kerja-kerja setup ini saya lakukan.

2. Hari Sabtu dan Ahad, orang kerajaan cuti.

Ini salah satu sebab juga sebenarnya, saya lihat kebanyakan pelawat adalah datang dari pekerja yang bekerja dengan kerajaan. Mereka kata dirumah tiada capaian internet, so pelawat saya akan kurang pada waktu cuti.

3. untuk kuatkan SEO.

Yang ini saya kurang pasti, tetapi ada juga mencubanya. Orang kata jika blog tersebut selalu sangat update, ianya tidak berapa elok untuk SEO. So saya cubalah, keputusannya entah bagaimana. Saya pon xpasti sangat, maklumlah baru sahaja belajar SEO WP.

Banyak lagi sebab-sebab lain yang membuatkan saya berehat di hujung minggu ni. Saya pasti anda juga akan bercuti pada hujung minggu, melainkan anda seorang blogger yang sangat rajin dan sedang meningkatkan ilmu blogging. Huh!! itu memang macam saya dahulu, memang xkire masa untuk update blog. Ada sahaja cerita baru dan trick baru.

Kali ini saya hendak bermain dengan WP pulak, nak lihat betapa mencabarnya blog WP ni. Nasibla ada panduan Blog WP. Mudah kerja nak bermain dengan blog WP ni. Jom kita bermain dengan blog WP pulak, saya pun baru belajar juga macam anda. So sama-sama kita belajar.

Ini blog WP saya -> Blog Info Buat Duit Di Internet
Datangla jika nak tau cara-cara buat duit di internet.

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas