Monday, November 23, 2009

Menyepi Dari Dunia Internet?

1 comments
Hehe.. Ramai yang pelik kenapa saya menyepikan diri sehinggakan sudah lama tidak sembang ataupun update blog ini. Sebenarnya saya ada buat blog lain untuk pendapatan tetap dari internet. Jadi saya terpaksa tinggalkan beberapa blog saya yang lain. Itulah yang menjadikan saya senyap sepi.

Orang cakap blog bersawang, tapi saya tengok tiada pulak sawang kat blog ni. huhu.. Yang penting saya seronok apabila setiap hari income masyuk... Saya sebenarnya tidak mahu menganggu orang Malaysia lagi. Jadi saya bermain dengan rakyat US dan Eropah sahaja.

Maaflah jika anda tertunggu-tunggu maklumat daripada saya. Tetapi jika anda membeli sebarang produk saya, saya akan berikan dalam masa yang terdekat. Sepantas mungkin saya akan hantar link download ke email anda.

Buat masa ini, tidak pernah saya lambat. Semuanya laju sahaja. Terima kasih kepada pembeli ya. Tidak lupa juga kepada affiliates saya yang mempromosikan produk tersebut. Saya akan membayar anda setiap akhir bulan. Tunggu...

Sekian sahajalah untuk kali ini, saya hendak buat kerja yang lain lagi. See ya..
Baca selanjutnya »» "Menyepi Dari Dunia Internet?"

Monday, November 2, 2009

Blog PR dah Update..

0 comments
Wah, kini google dah update PR blog kita. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berjaya meningkatkan PR blog. Saya sendiri terkejut PR blog anime saya ialah PR3. Tetapi blog ini masih maintain PR2. Aduh...

Tidak hairan juga jika ada blog yang terus dapat PR5. Saya juga macam tidak percaya bahawa blog tu terus dapat PR5. Ish, google ni baca sesebuah blog tu mcm mana ya?

Jika tahu, kongsi2 lah..hehehe...

Kalau kita tahu bagaimana sistem google berjalan, pasti mudah untuk kita mendapatkan ranking yang tertinggi. Sekarang ini saya sendiri buntu bagaimana google mengira. Tetapi tidak mengapalah, PR3 pun sudah kira tinggi juga.

Tidak sangka pula terus dapat PR3. Sekarang ini sy hendak tingkatkan lagi rank alexa blog anime saya. Rasanya baru 4 bulan blog anime saya tu. Tetapi hasilnya sudah cukup untuk saya berbelanja. Alhamdulillah. Jika berterusan mcm ni, boleh la saya hidup senang.

Jika anda mahu traffik yang berpanjangan, anda kuasailah teknik SEO. Tidak rugi jika beli mahal-mahal pun sebab SEO ini traffik jangka panjang. Pasti sentiasa ada orang yang masuk ke blog anda itu nanti. Cubalah.
Baca selanjutnya »» "Blog PR dah Update.."

Thursday, October 29, 2009

Kenapa Orang Suka Ambil Tahu Hal Orang Lain?

0 comments
Jaga tepi kain orang lain atau gosip? Kenapa?
Saya kembali berblogging selepas saya menyepikan diri dari dunia maya ini, (sebenarnya bertapa untuk adsense.. hehehe ).

Kini saya kembali bersama anda yang masih setia melawat blog ini setiap hari. Terima kasih ya. Kembali kepada gosip, kenapa ya? Orang melayu ni memang suka sibuk hal orang lain ke?

Saya terbaca blog mereka-mereka yang mengutuk orang lain. Mereka nak kutuk-kutuk kenapa? Dengai atau jeles yang dia xboleh buat duit di internet? Saya lihat, mereka yang kutuk-kutuk ni biasanya mereka yang tidak berpuas hati. Sebab apa?

Mereka tidak berjaya dapat duit dari internet, jadi mereka kutuk la owner web tu. hahaha.. Manusia memang suka mengutuk jika tidak berjaya.. Inilah melayu, sudah dibantu tetapi tidak menghargai atau mengenang jasa. Hampeh punya orang.

Hari ini saya geram, so nak lepaskan geram la nih kat orang2 yang suka mengutuk orang lain ni. Jangan ingat diri tu baik sangat. Kalau pandai sangat, cuba la lawan secara adil dengan orang yang korang tak puas hati tu. Cuba dapatkan lebih banyak income dari internet. Lepas tu show off la income korang.

Huh... geram betul.. Lagi satu nak luahkan ni. Mereka yang suka mengutuk ni sebenarnya nak populariti jer. Dia kutuk orang lain, kemudian blog dia popular la. Betul tak? Kalau tak percaya, tengok parti politik. Ni sy main selamber je cakap nih.

Kenapa mereka saling kutuk mengutuk? Lepas tu, hit blog mereka mesti tinggi. Hahahaha.. Jangan sebarkan FITNAH sudah la yer.. tak senang nak menginggal nanti..huhu.. Maaflah kalau ada yang terasa.. Saja nak bagi anda sedar bahawa tiada umat yang perfect didunia ini. Kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Contoh, jika ada penjual tetapi tiada pembeli, so barang penjual tu terjual tak?

Fikirlah sendiri yer.. Hormatlah orang lain dahulu sebelum anda mengharap diri anda dihormati. Okey jumpa lagi di post akan datang...
Baca selanjutnya »» "Kenapa Orang Suka Ambil Tahu Hal Orang Lain?"

Sunday, October 11, 2009

G Force 2009 Movie

3 comments
Dah tengok cerita G-Force 2009 Movie??
Belum? Jom layan trailer ni sekejap..



Kalau nak full movie, boleh, tp belum terfikir lagi nak bg ke tak.. sebab sy download dari internet untuk full movie.. Percuma jer.. Anda juga boleh cari full movie. Ada banyak website yang post..try tanya pakcik google.. :) Baca selanjutnya »» "G Force 2009 Movie"
 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas