Jaga tepi kain orang lain atau gosip? Kenapa?
Saya kembali berblogging selepas saya menyepikan diri dari dunia maya ini, (sebenarnya bertapa untuk adsense.. hehehe ).
Kini saya kembali bersama anda yang masih setia melawat blog ini setiap hari. Terima kasih ya. Kembali kepada gosip, kenapa ya? Orang melayu ni memang suka sibuk hal orang lain ke?
Saya terbaca blog mereka-mereka yang mengutuk orang lain. Mereka nak kutuk-kutuk kenapa? Dengai atau jeles yang dia xboleh buat duit di internet? Saya lihat, mereka yang kutuk-kutuk ni biasanya mereka yang tidak berpuas hati. Sebab apa?
Mereka tidak berjaya dapat duit dari internet, jadi mereka kutuk la owner web tu. hahaha.. Manusia memang suka mengutuk jika tidak berjaya.. Inilah melayu, sudah dibantu tetapi tidak menghargai atau mengenang jasa. Hampeh punya orang.
Hari ini saya geram, so nak lepaskan geram la nih kat orang2 yang suka mengutuk orang lain ni. Jangan ingat diri tu baik sangat. Kalau pandai sangat, cuba la lawan secara adil dengan orang yang korang tak puas hati tu. Cuba dapatkan lebih banyak income dari internet. Lepas tu show off la income korang.
Huh... geram betul.. Lagi satu nak luahkan ni. Mereka yang suka mengutuk ni sebenarnya nak populariti jer. Dia kutuk orang lain, kemudian blog dia popular la. Betul tak? Kalau tak percaya, tengok parti politik. Ni sy main selamber je cakap nih.
Kenapa mereka saling kutuk mengutuk? Lepas tu, hit blog mereka mesti tinggi. Hahahaha.. Jangan sebarkan FITNAH sudah la yer.. tak senang nak menginggal nanti..huhu.. Maaflah kalau ada yang terasa.. Saja nak bagi anda sedar bahawa tiada umat yang perfect didunia ini. Kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Contoh, jika ada penjual tetapi tiada pembeli, so barang penjual tu terjual tak?
Fikirlah sendiri yer.. Hormatlah orang lain dahulu sebelum anda mengharap diri anda dihormati. Okey jumpa lagi di post akan datang...
Thursday, October 29, 2009
Kenapa Orang Suka Ambil Tahu Hal Orang Lain?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment