Monday, July 20, 2009

Perjalan Hidup Saya Semakin Berubah??


Adakah perjalanan hidup saya sekarang ini sedang menuju ke dunia IM??
erm.. Menjadi 1 persoalan kepada diri saya sendiri.. Dahulu kisah saya hanyalah bermula sebagai seorang yang BUTA IT (budak kampung) SPM pun dapat 3A je.. Tapi syukur alhamdulillah semenjak saya mula menjejakkan kaki ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PERAK), hidup saya semakin berubah.

Bermulanya kisah saya sebagai seorang blogger adalah dari politeknik. Saya tinggal di hostel politeknik dan dari situlah saya mula mengenal IT. Dengan satu minat yang mendalam mengenai coding HTML (terutamanya blogger.com) saya pun mulalah membina blog pertama. Punyalah buruk blog pertama, tetapi itulah yang dibanggakan kerana saya berjaya buat blog sendiri (blogspot jer).

Selepas beberapa bulan saya belajar mengenai blogger, saya pun membuat blog baru untuk koleksi tutorial saya yang saya belajar dan telah praktikkan di blog saya sendiri. Tujuannya hanyalah untuk saya mudah mencarinya lagi pada kemudian hari.

Selepas itu saya mula terjebak dengan buat duit di internet yang semakin hangat.. Saya juga pernah ditipu beberapa kali dan terus tidak percayakan sesiapa di internet. Tetapi semua itu menjadi satu pengalaman kepada saya. Banyak pengalaman pahit yang saya tempuhi dan juga pengalaman manis yang indah tidak terkata.

Jika dapat duit dari langit, tentulah indah kan? hehe.. Kini saya terjerumus pula dengan blog WP. Pada mulanya saya memandang rendah dengan blog WP ini. Iyalah, kononya sudah pakar blogspot.. Itulah sikap buruk.. Dan akhirnya saya belajar juga mengenai WP.. Dan saya berjaya membuat beberapa blog WP..

Yang terbaru adalah blog anime saya.. Naklihat? sempoi ajer.. xde ubah ape2 pun.. hanya masukkan video anime je.. lihat di Syoknyer.Net..

Yang menjadi persoalan saya, saya sering mempromosikan barang di dunia internet, adakah saya semakin ke bidang IM?? ish.. takut jika saya sudah kebidang itu.. Biarlah saya sebagai seorang blogger bebas yang bertauliah.. biarlah tidak siapa yang kenal kita.. :) peace no war..

Nanti jika popular sangat, banyak penyakit..

Huh.. puas selepas meluahkan isi hati saya.. semua diatas hanyalah untuk saya melepaskan isi hati.. Saya melegakan hati dengan blog.. Anda??

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas