Hari ini saya rasa seperti sungguh pening. Awal subuh malam tadi elok sahaja membaca ebook KuasaEmail. Bagun sahaja pagi ini, macam-macam masalah yang timbul.
Mulanya dengan web tidak boleh bukak, saya bab web ni gelabah sikit. Jika ada masalah jer, terus contact pengeluar hosting. Padahal hari ini hari ahad. Sepatutnya admin hosting tu bercuti. Awal-awal lagi die dah bagitau dulu.
boleh dikatakan servis di sepaku hosting ni memang memuaskan hati saya. Tidak sia-sia saya berkenalan dengan Jaws, jaws lah yang banyak membuka mata saya kepada affiliate, Word Press, web jualan dan autoresponder. Disebabkan jeles dengan jaws ni, saya pun senyap-senyap belajar. hehe, jeles dengan tindakan positif, bukan main tikam belakang tau..
Akhirnya kini saya sudah ada autoresponder, web jualan sendiri, script affiliate lite sendiri dan banyak lagi yang saya dapat setelah mempunyai autoresponder ini. Dapat produk free pon ada, saya dijemput untuk menyertai JV jualan kepada produk mereka.
Rasa beruntung sangat sebab dijemput untuk bergandingan dengan mereka yang sudah terkenal ini. Saya akan buat yang terbaik dan berikan anda BONUS yang terbaik melalui jualan JV nanti. Anda jangan beli barang mereka dahulu sebelum melihat BONUS daripada saya nanti.
Jika ada sebarang produk yang anda ingin beli dan mahu BONUS daripada saya, BUZZ sahaja YM saya. Saya akan lihat dahulu produk tersebut dan jika ada BONUS yang sesuai, saya akan berikan kepada anda. Ini pun jika ada komisen sebagai affiliate. Jika tidak ada affiliate, saya tidak dapat memberikan bonus kepada anda.
Hidup didunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Esok kakak, abang dan mak saya pulang dari umrah. Saya kene jemput di KLIA pula. Jadi esok saya tidak online, dan mungkin akan mengambil masa beberapa hari kerana saya berada dikampung. Malas pula nak pegi CC. Jadi lepas saya balik dari kampung nanti, saya akan online semula ya.
Enjoy semua, isnin ni dah masuk musim bersekolah pula. Yang masih bersekolah tu, rajin-rajinkanlah belajar. Jangan malas-malas.
Sunday, June 14, 2009
Hari yang Memeningkan didalam sejarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment