Saturday, May 9, 2009

Exam Final Politeknik Malaysia


Semakin dekat rupanya exam final untuk politeknik ini. Saya sendiri belum bersedia lagi untuk mula menjawab soalan. Hari semakin hari juga saya semakin sibuk dengan urusan lain. Semakin kurang juga untuk berblogging.

Walaupun dihadapan mata sahaja internet ini, tetap tiada masa yang cukup untuk membuat tutorial yang baru. Sekarang ini juga saya semakin kurang untuk membuat/mencantikkan blogspot.

Dahulu, itulah yang menjadi kegemaran saya, sekarang ini sibuk dengan Cabaran Affiliate pula. Tidak mengapalah, memang itu yang saya idamkan semenjak mula berjinak didalam dunia IM.

Semakin seronok jika kita berjaya menjana pendapatan di internet. Bukan mudah untuk dapatkan wang di internet ini. Susah juga sebenarnya, tetapi jika sudah ada panduan dan berusaha bersungguh-sungguh dan konsisten, pasti setakat RM100 sebulan, ianya tiada masalah.

Bukan sahaja bil streamyx anda sahaja boleh anda bayar, malah makan minum pon boleh.
Itulah yang seronoknya jika kita dapat jana pendapatan di internet ini. InsyaALLAH akan datang saya akan membuat sesuatu yang baru. Sekarang ini saya masih menunggu sahaja.

Jika siap semuanya, saya akan beritahu ya.. sesuatu yang mesti akan disukai ramai. Jana pendapatan secara auto. Buat blog dan akan update secara auto. Best kan? hehe, tunggu sahaja kedatangannya.

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas