Semalam seharian saya tidak bersama dengan blog dan web saya. Saya hanya sekadar melihat-lihat email sahaja. Pelik juga rasanya bila tidak bersama blog sedangkan saya tidak pergi jauh pun.
Keletihan yang tidak dapat dibayangkan apabila semalam aktiviti saya penuh dan padat. Star 7.00 pagi saya sudah bersiap untuk pergi ke poly(PSAS) untuk menghadiri sukan Jabatan. Dah lama tidak bermain badminton, saya pula mencubanya buat kali pertama selepas 5 tahun tidak bermain. Wah lama tu dah xmain badminton.
Memang letih dan xdapat nak diperkatan lagi bagaimana rasanya. Akhirnya saya dapat juga tempat ke-3. hehe.. xsangka dapat juga tempat, ini pun kerana bantuan daripada rakan bergu saya. Hebat juga dia bermain. saya sekadar main-main jer.. ekikiki..
Sebelah petang pula format laptop rakan pulak, lepas tu terus pergi Rawang pula untuk mengisi NGV kereta rakan saya. Dah habis jalan-jalan kat rawang tu, pergi pula makan malam bersama rakan kelas.
Aduh letihnya rasanya.. hari ni tak tahulah diorang ni datang ke tidak ke poly..
Gambar kenang akan saya upload kemudian.. ni dah nak pergi kelas dah ni..
Okey, see ya..
Monday, April 6, 2009
Sehari Tidak Bersama Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment