Saturday, April 25, 2009

Kenapa Ramai Yang Menjana Pendapatan Di Internet?


Adakah ianya realiti? atau hanya sekadar persoalan yang sering ditanya oleh rakyat Malaysia?

Sebenarnya ramai yang menjana pendapatan di internet ini. Cuma saya rasa mereka ini low profil. Malas nak tunjukkan diri dan malas nak berbangga.

Saya mencari lagi siapa yang low profil tetapi berjaya menjana pendapatan di internet. Sekarang ini kita semua tahu sudah banyak pekerja yang terpaksa diberhentikan. Jadi bagaimana mereka mahu menyara hidup mereka sedangkan taraf hidup semakin meningkat.

Disebabkan itulah perlunya pengetahuan internet supaya kita tidak ketinggalan zaman dan kita boleh menjana pendapatan secara sambilan. Di internet ini, anda boleh menjadi pekerja secara sambilan. Buka sekadar pekerja, malah andalah bos. Tiada syarat untuk anda masuk kerja pada waktu bila pun.

Semunya mengikut kehendak anda. Itulah kelebihannya jika anda belajar ilmu IT ini. Sedikit sebanyak ianya membantu anda juga pada masa akan datang. Tidak rugi jika mencuba, tetapi rugi jika anda langsung tidak mencubanya.

Related Posts ;



0 comments:

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas