Salam sejahtera semua,
Selepas beberapa jam bertungkus lumus saya bekerja untuk menyiapkan sistem affiliate ni, akhirnya berjaya juga.
Saya membuatnya kerana anda juga. Anda yang meminta untuk saya membuatnya dan dengan ini saya membukanya kepada anda semua untuk mendaftar sebagai agen / affiliate bagi laporan khas saya.
Anda boleh mendaftar disini. Sistem affiliate saya ini adalah yang sama dengan sistem affiliate yang digunakan oleh otai2, tetapi ada beberapa page yang saya tidak sempat nak kaji, ada sedikit kejanggalah lah.
Sedikit penerangan tentang program ini :
1. Program ini adalah anjuran saya, jadi anda boleh menyertainya tidak mengira sesiapa pun.
2. Komisen yang akan dibayar bagi setiap jualan adalah RM5.
3. Bayaran akan dibuat setiap awal bulan dan selewat-lewatnya 7hb pada setaip bulan.
4. Sebarang penipuan akan menyebabkan akaun affiliate anda saya padam tanpa memberitahu anda. Jadi anda jangan cuba untuk melakukan sebarang penipuan. Saya boleh mengesan IP, Browser, tarikh, masa. Jadi jika berlakunya penipuan, saya tidak akan membayar anda walaupun 1 sen.
5. Untuk mendapatkan link affiliate anda, anda boleh lihat pada bahagian banner. Anda perlu log in dahulu dan pergi ke bahagian banner untuk dapatkan link affiliate anda.
Baiklah itu sahaja saya rasa. Saya akan update segala berita terkini disini. Jadi anda jangan lupa datang ke sini. Lebih -lebih lagi kepada mereka yang menyertai affiliate. Semoga anda berjaya menghasilkan jualan.
p/s : hari ini saya exam sebenarnya, tetapi projek ini tetap saya siapakan, xbace buku lagi ni.. Hope dapat jawab.. anda semua tlg doakan saya mudah menjawabnya ya.. hehe.. TQ all.. Gud Luck!! RM5 banyak tuu....
Thursday, March 5, 2009
Pendaftaran Affiliate Dibuka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment