Setiap hari saya menerima email entah daripada siapa. Adakah mereka ini menggunakan software?? yang menjadi kepelikan melampau-lampau xde pulak saya subscribe bende ni..
Email yang selalu saya terima adalah dihantar dari "gator412.hostgator.com" aik?? Si penghantar menggunakan web hosting beliau untuk menghantar email sekali banyak. Maksudnya beliau kutip email2 di internet, kemudian hantar apa sahaja iklan yang beliau inginkan kepada semua senarai email yang dimiliki dengan 1 click.
Boleh dilihat bagaimana ianya berfungsi. Zaman sekarang semakin maju, cara hendak SPAM amat mudah dan juga sudah tidak nampak sebagai SPAM. Cubalah jika dia kumpul email yang betul2 white list mereka, barulah mudah dan berkesan iklan tersebut.
Konsepnya, cuba bayangkan anda menghantar email iklan kepada orang yang langsung tidak berminat dengan program anda tersebut?? Adakah peratus untuk mendapatkan jualan atau downline mudah?? Sudah tentu tidak. Hehe, saya komen orang punya, tetapi bukan bermakna saya ini bagus, cuma saya rasa nak komen, jadi saya komenlah.
Ini just pendapat, bukan nak marah sesiapa. Disebabkan email daripada beliau ini juga terbit sesuatu ilham didalam kepala saya. TQ sebab telah memberikan email. Itulah tadi, saya bila membaca @ melihat sesuatu yang baru, ianya memberikan ilham kepada saya. Anda juga sepatutnya begitu, barulah cepat berkembang.
Thursday, February 26, 2009
Email entah dari sapa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment