Tengah aku syok sarapan pagi kat pekat koboi ni, ade pulak pekerja JKR tengah buat kerja. Diorang tampal jalan kat dalam pekan 2. Mak aih, nasib pekan 2 pekan koboi. Xde orang sangat walaupun dah pukul 10am.
Jadi aku makan la kat warung 2 sambil melihat gelagat mereka bekerja. Bagus jugak, sambil makan, rehatkan minda, ada pulak tayangan yang membuatkan aku mengelamun seketika. Kenapa sampai mengelamun?? Bayangkan, mereka bekerja keras, maklumlah buat jalan bukan senang beb.
Kita beruntung sebab ada jugak yang nak buat jalan. Kalau xde?? hah, jalanlah kat semak samun. Yang buat aku mengelamun, mereka bekerja keras untuk cari duit. Masalahnya zaman sekarang ni, kerja saja mesti dapat duitkan?? tapi pernah x jumpa orang yang begitu pemalas untuk bekerja?? Mesti pernah kan..
Aku cukup kurang senang dengan mereka2 yang pemalas ni. Lihatlahg orang lain, sanggup bekerja untuk cari makan anak bini, tapi ada juga yang malas dan melangut jer kat rumah 2. Hampeh..
Cara aku bekerja pulak sempoi.. Macam ni la kerja aku, dok ngumpat ker?? hehe, harap2 tidak la.. janganlah sampai begitu.. Tapi kalau aku ler kat tempat pekerja JKR 2, aku rase xtahan kot.. Maklum sajalah, tengah panas pun kene buat jalan!! weh hangus terbakar aku nanti.. xtahan woo..
Kire mereka2 ni hebat jugak la, dan kerja mereka sebenarnya sangat baik, kerana meraka memberikan keselesaan kepada orang lain. Betul x?? kalau semua jadi koprat, sapa nak jadi buruh kasar??
Fikirlah sendiri..
(aku xsempat nak tangkap gambar mereka ni, handphone xbawak pulak..kikiki)
Saturday, January 10, 2009
Sarapan Pagi Di Pekan Koboi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment