Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebenarnya saya sudah sampai ke rumah sewa semalam, dan semalam juga beberapa urusan telah saya buat dan pagi ini baru sempat hendak update blog sunyi ini.. hehehe..
Jadi mulai hari ini saya akan mula berblogging semula seperti biasa, semalam juga RAM laptop saya sudah saya pasang, jadi rasanya lebih laju dari biasa. Seperti yang saya ceritakan disini, semalam RAM laptop ini naik harga kepada RM265, fuhh!! bia betul..
Asalnya nak jual RM135, semalam dah datang nak tukar, jadi RM265, nasibla dah kenal rapat dengan pekerja kedai tu, kalau tidak leburla duit 265 semata-mata beli RAM..
Apepun banyak yang berlaku semalam, boleh dikatakan sampai ke jam 5 pagi, urusan online masih lagi tidak selesai.. Saya tidor jam 5 pagi, so pagi ni agak mamai jugaklah.. hehehe.. nak buat mcm mana, hendak mencari duit sikit kenalah berkorban masa.
Terima kasih saya ucapkan kepada yang tidak jemu2 melawat blog saya. Anda semua memang best!!.Hari ini juga sebenarnya saya ada barang percuma nak bagi kepada list feedburner blog solehpolysas.blogspot.com. Tetapi ada sedikit masalah untuk menghantar email tersebut. Jadi mungkin selepas saya siap selesaikan masalah email ini, saya akan hantar secepat mungkin.
Sedikit hadiah sahaja dari saya, maybe berguna, mabe tidak berguna benda yang saya hendak berkan ini.. hehe, tidak mengapalah, anda hendak jual pon, juallah kepada yang hendak memilikinya. Hanya mereka yang melanggan feedburner blog saya sahaja yang bakal menerima hadiah tersebut.. ehehehe..
So kalau nak join sekarang, join la disini insyaALLAH macam2 profit yang bakal saya berikan nanti.. Jika ada sahaja barang yang boleh saya kongsi, saya kongsikan bersama anda. Mana yang saya hendak kongsi bersama rakan feed, saya tidak kongsikan di blog.. ehehe, ianya rahsia diemail sahaja.
okeylah, setakat itu sahaja, cukuplah sekadar memberitahu bahawa saya sudah kembali berblogging semula. See ya...
Saturday, January 17, 2009
Kembali Blogging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment