Sakit hati dengan perangai manusia??Owh tidak, sememangnya manusia ada perasaan dan pendapat sendiri. Kenapa pula saya hendak bercerita mengenai ini?? aduh manusia, kenapalah kita berbeza?? Manusia sememangnya berbeza, jika kita semua sama, tidak kemanalah kita. Duduk di level itu sahajalah gamaknya.
Tidak tahulah kenapa nak posting mengenai ini, manusia owh manusia.. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.. Hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja..
Petang ni hendak merepek seketika, sebab perkara yang berlaku sebentar tadi banyak memberikan pengajaran kepada saya. Semakin maju?? Ya, sebab kritikan yang diterima banyak membantu untuk memajukan diri.. Itulah, sememangnya kita perlukan kritikan dari orang lain supaya kita terus kehadapan. Jika semuanya orang puji, adakah kita akan tahu kelemahan kita??
Adakah kita perfect (sempurna)?? Tidak semestinya. mungkin itu hanya sekadar untuk mengambil hati kita. Biasalah sifat manusia iaitu suka membodek. Bak kata orang, ada udang disebalik batu, ada harapan disebalik pujian. Ada sesetengah orang jika hendakkan sesuatu dari seseorang, mereka akan memuji orang tersebut, jika sudah dapat apa yng diinginkan, maka jadilah seperti "habis madu sepah dibuang"..
Ramai orang yang sifatnya begitu, bagaimana hendak maju jika semuanya begini?? pasti tidak akan berjaya. Lihatlah sendiri diri kita, jangan berbangga dengan apa yang kita ada sekarang, jika kita seorang yang kaya, cerdik, berharta, semua itu hanya pinjaman dari ALLAH, jika ALLAH menariknya semula, tidak ada apa-apalah pada kita.
Jadi insaflah dan sedarlah dari mimpi-mimpi yang melalaikan. Ini sekadar pandangan saya dan ianya untuk saya. Jika berguna kepada anda, buatlah. Motivasikan diri, rendahkan diri, tinggikan maruah.. Assalamualaikum..
Thursday, January 22, 2009
Itulah Manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment