Sunday, May 3, 2009

Kenapa Perlukan Bimbingan / Coaching?


Ada juga yang tertanya-tanya kenapa perlukan Persoan Coaching ini. Pada mulanya saya tidak menitik beratkan mengenai coaching ini. Tetapi setelah beberapa kes newbie gagal walaupun ada panduan, jadi saya menitik beratkan coaching ini.

Sebenarnya manusia ini ada dua, 1 - Mudah dan cepat faham, 2 - Lambat nak faham dan mengambil masa untuk faham.

Disinilah gunanya Personal coaching. Panduan dihadapan mata, tetapi masih kabur dan rambang mana nak buat dulu.. Jika anda mendapatkan nasihat atau bimbingan daripada orang yang lebih berpengalaman, sudah pasti anda mudah faham segalanya.

Itu pun bergantung kepada secepat mana anda memahaminya. Jika coaching seperti bengkel, ini lebih mudah kerana kita berhadapan. Jika melalui YM ini agak sukar juga kerana kita tidak berhadapan dan kita tidak nampak apa yang sepatutnya dilakukan.

Jadi ianya mengambil masa juga untuk memahaminya. Saya juga dapati ramai yang berminat hendak menjana pendapatan di internet, tetapi tiada 1 basic pun. Sebenarnya ini akan menyukarkan anda untuk faham dan menyukarkan IM untuk menerangkannya.

Lebih bagus jika anda cuba dahulu dan jika ragu-ragu, barulah mendapatkan nasihat atau pendapat IM yang menawarkan personal coaching kepada anda.

Saya harap anda faham.. :)

Related Posts ;



1 comments:

sah90 on November 23, 2009 at 11:56 AM said...

betul3..
"belum cuba belum tahu"
(^_^)

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas