Saturday, February 7, 2009

Melayu dan Percuma.


Kenapa melayu dan percuma?? sebab melayu dan percuma satu perkara yang tidak dapat dipisahkan sejak dulu lagi. Apabila cakap melayu sahaja, pasti anda akan tahu bahawa melayu suka yang percuma. Saya cakap begini berdasarkan pengalaman dulu. Dahulu saya susah nak buat duit di internet. Dan akhirnya saya mencuba sistem affiliate.

Permulaanya saya cuba affiliate yang produknya anda perlu beli, tetapi sambutannya tidak menggalakkan. Selepas itu saya cuba pula yang percuma, dan alhamdulillah sambutannya memang menggalakkan. Inilah yang saya katakan bahawa melayu dan percuma.

Sebenarnya melayu bukan sahaja hendak benda yang percuma, malah mereka ini takut untuk mengeluarkan duit untuk buat sesuatu. Yalah, risau duit yang mereka belanjakan itu tidak berbaloi denagn benda yang diberikan. Itu saya tidak salahkan kerana saya juga sukakan yang percuma. Tetapi sejak kebelakangan ini saya keluarkan sedikit wang untuk membeli pakej yang saya rasa berguna untuk saya.

Jadi saya dapat lagi pengalaman baru, sememangnya sesuatu yang kita hendak itu perlukan sedikit pelaburan. Bukan semuadah abc @ 123 untuk menjadi kaya. Jadi anda jika mahu menjana wang di internet, jaganlah berharap terlalu besar jika hanya melaburkan RM yang begitu sedikit. Tiada yang percuma didunia ini. Tetapi jika anda pandai mengolah sesuatu itu, pasti ianya bernilai kepada anda.

Sebenarnya banyak juga barang percuma yang saya berikan kepada anda semua seperti http://plr.solehpolysas.com dan juga ebook panduan jana pendapatan di internet. Sememangnya ada yang percuma, tetapi kebiasaannya yang percuma ini tidak lengkap denagan semua ilmu. Anda perlu juga mencari yang berbayar jika betul2 berminat.

Saya akan cuba mengorak langkah yang baru untuk bergerak lebih jauh lagi didunia maya ini. Cuma apa yang berbezanya, ianya semakin mencabar dan berbayar.. aduh, semakin susah untuk mencari duit kerana perlu keluar duit. Pasti ada yang mengeluh seperti ini kan?? Itu semua perkara biasa. Dulu saya juga sepertia anda. Tetapi jaganlah anda berharap akan kaya jika duduk ditakuk yang lama lagi.

Related Posts ;



2 comments:

Anonymous said...

betul..betul; kalau x dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..kene kluar duit jgak kalau nak dpt duit..
btw , sape tanak bende percuma..

Anonymous said...

to encikizzat ;
hehe.. betul 2...

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas