Wednesday, January 14, 2009

Celcom Broadband VS Maxis Broadband


Pada pendapat anda, broadband dari company mana yang lebih baik dan selesa??
Jika dibua perbandingan, setelah dikaji dengan tidak seberapa nak dalam, maxis broadband macam hampeh.. Tapi celcom pon ada juga masalahnya.

Jadi pengguna yang telah menggunakan service dari broadband sahaja yang tahu. Jika anda hendak pergi ke kedai dan mencari broadband, saya rasa lebih baik anda menggunakan celcom broadband. Ini kerana celcom broadband lebih murah berbanding maxis.

Itu yang pertama, yang kedua, jika tempat tinggal anda tidak mempunyai line 3G, saya rasa more better anda menggunakan pakage 384kbps, memang agak lambat. Tetapi ada sebab tertentu, pa yang saya dapat tahu, jika anda menggunakan pakage 3.6 sekalipun, tetapi kawasan tempat tinggal anda itu tidak mempunyai liputan 3G, maka speed dia akan di convert kepada GPRS dan hanya berkelajuan sama seperti pakage 384kbps.

Jadi saya rasa agak rugi jika anda apply pakage 3.6 dikawasan yang tiada liputan 3G. Semua pandagan ini berdasarkan kajian sahaja, saya sendiri tidak menggunakan lagi perkhidmatan broadband kerana masih lagi berkontrak dengan TMnet. Maklumlah pengguna TMnet berkontrak selama setahun, jadi selepas habis kontrak barulah saya menggunakan brodband.

Apa pendapat anda bagi yang telah menggunakan perkhidmatan ini?? Bagus?? berikan sedikit komen.. Itupun jika pelawat blog ini adalah pengguna broadband.. hehe.. maklumlah, blog ini masih lagi baru, jadi tidak ramai yang tahu kewujudan blog ini. Komen dari penggunak sebenarnya boleh meningkatkan lagi mutu service broadband ini. Tetapi mereka tidak memberikan komen dijalan yang betul. Jadi pihak company tidak tahu bagaimana mutu service mereka pada pandangan pengguna.

Jadi jika kita mengatakan sesuatu pandangan kepada mereka, dan jika mereka mengambil berat mengenai mutu service mereka, jadi saya rasa pasti pada masa akan datang, mutu perkhidmatan mereka pasti lebih baik dari yang ada sekarang. Kita perlu menjadi pengguna yang bijak, jangan sekadar menggunakan, tetapi jika ada masalah, kita adukan kepada pihak yang berkenaan. Pasti ada tindakan susulan..

Berikan pendapat anda mengenai broadband...

Related Posts ;



15 comments:

Anonymous said...

haloo geng.. saya adalah pengguna maxis bb power package with dl up to 3.2mbps. setakat ni saya tak pernah capai dl speed hingga 3.2. setiap pagi saya akan buat speed test kat www.speedtest.com dan maximum buleh capai 1.2mbps jer. bolehlah kalau untuk surfing jerr... dan saya menggunakan service ni kat area s9 bandar baru bangi so far xder masalah tapi kalau nak banding harga dengan tmnet rasanya untuk rm98 saya boleh dapatkan package 1m dari tmnet so saya ingat lebih kurang je kot. kepada mereka yg nak sub w/less bband ni, pertimbangkan dulu kat mana korang nak gunakan dan pertimbangkan juga coverage dia kat area tersebut...

Anonymous said...

salam soleh.. pendapat wazy pun sama mcm soleh.. wazy skrg ni pakai celcom broadband.. pakej 384kbps. murah dan berbaloi.. apa pulak kata korang yg lain??.. sila komen bg penulis blog berasa dihargai..

Anonymous said...

sy pkai celcom yang paling murah tu..384..tp broadband ni pun ada byk jenis jgk.boleh tengok di pusat celcom..ada broadband yg pakai bateri..ada yg stail pendrive yg boleh simpan data dan ada yg skadar broaband je..sy pakai yg broadband je..tp dia punya signal berubah2..slalu jgk putus sbb takde line..mgkin line kwasan lemah kot..tp rasanya ok dh..

Anonymous said...

Salah satu kelemahan kedua dua service broadband dari Celcom & Maxis ini ialah FAIR USAGE POLICY.. Celcom & Maxis mempromosikan broadband unlimited tetapi kebanyakan pengguna tidak tahu pasal F U P ini.. Kalau anda ingin tahu, Maxis hanya memberikan data sehingga 2GB data sebulan dan Celcom memberikan data sehingga 3GB data sebulan... Apa akan jadi sekiranya habis digunakan dalam masa yang singkat? (mungkin boleh habis dalam 2-3 hari kerana heavy download).. Kelajuan broadband anda akan dilambatkan mungkin sehingga sama dengan dial-up.. Itulah yang terjadi kepada saya.. Memang unlimited tetapi ianya menjadi sangat lambat.. Ini diberitahu sendiri oleh rakan saya yang bekerja di Celcom Call Centre..

Seperkara lagi,tentang kelajuan broadband.. 3Card/Modem mempengaruhi kestabilan kelajuan broadband anda.. Kebanyakan 3G card/modem seperti Huawei yang dipromosi oleh kedua dua sykt telekomunikasi ini merupakan 3G card/modem yang paling cikai dan murah sekali.. Ianya mungkin dikurangkan harga atau free mengikut pakej yang dipromosi oleh Celcom & Maxis.. Sekiranya anda melanggan 384kbps pun sebenarnye boleh memberikan kelajuan yang boleh memuaskan hati.. Tetapi anda harus bersedia membeli 3G card/modem yang mahal yang boleh mencecah harga sehingga RM 900. Walaupun ianya mahal, tetapi ianya sungguh berbaloi.. Dan anda tidak akan terikat pada syarat2 dan terma broadband anda.. Maknanya anda boleh terminate broadband anda bila2 masa yang anda suka.. Tidak perlu terikat sehingga 1 - 2 tahun..

Seperkara lagi.. Sekiranya anda mempunyai Handphone 3 atau 3.5 G (HSDPA), anda boleh menggunakan handphone anda sebagai modem & anda tidak perlu membeli 3G card/modem dari Maxis atau Celcom.. Dengan menggunakan kabel phone/bluetooth, anda boleh menggunakan handphone sebagai modem.. Kelajuan dan kestabilan broadband bergantung pada kualiti Handphone anda.. Saya pernah menggunakan W660i Sony Ericsson sebagai modem & ianya tidak mengecewakan saya.. Lebih bagus dari Modem huawei E220 yang saya pakai ni (pakej kena ikat 2 tahun sebab modem ni free).. Sehingga hari ini saya masih menyesal menggunakan service broadband ni..

Nasihat saya, sekiranya anda ingin melanggan broadband, Choice yang paling tepat ialah Streamyx.. Kelajuan nya ok dan stabil.. Boleh guna untuk heavy download.. Untuk kegunaan di luar sekiranya menggunakan laptop, hampir semua tempat seperti shopping malls dan restoran menyediakan Wi-Fi.. Gunakan sahaja kemudahan ini kerana ianya percuma dan mudah digunakan.. Tidak perlu membazir menggunakan broadband mudah alih ini.. Komen dialu alukan..emel saya di aman_wie@yahoo.com ... Salam

Anonymous said...

Hii,

Pembetulan Fair Usage Policy utk Maxis Max3GB manakala Celcom adalah 5GB. Pengalaman peribadi, jika untuk travel ke mana2, Celcom Broadband adalah pilihan manakala utk kegunaan rumah, TMNet STreamyx lah.

Maxis...hmm, indah khabar dari rupa.

Anonymous said...

emm, banyak pendapat ni, nampak gayanya celcom broadband lebih sesuai.. TQ semua..

Anonymous said...

Dari pengalaman saya, Celcom Broadband lebih bagus. Kawan saya yg guna Maxis Broadband di area Mantin selalu terputus.

cyclotron on February 4, 2009 at 7:16 PM said...

sy pakai celcom broadband advance rm98 sebulan (max speed 3.6Mbps). beli modem huawei E220 secara berasingan. puas hati la jugak, pendek kata kalau nak tgk utube tu xler tersekat2. lgpun sy ni heavy usage sbb byk wat work research thr interet.

tp nak kata 100% puas hati x ler jugak. dlm ms sebulan mesti ade bbrp kali service jadik down teruk. bila kol celcom service, alasannya tgh grade memanjang. sy pun xtau ape yang nak di upgrade kan. upgrade2 tp x pernah pun sampai 3.6Mbps. itu je komen haku.

Cheers,

blog1001rahsiadiri klik sini

Anonymous said...

aku pun tengah guna celcom broadband sekarang pakej 68,tapi hampeh slow sgt, bru je pakai 2 minggu..aku ingat nak terminate aje

Anonymous said...

aku pakai maxis broadband power pakej dan ini lah yang aku dapat http://www.speedtest.net/result/492054346.png

Anonymous said...

tak puas hati sungguh aku dgn celcom broadband ni..npe dia punye fair usage dia smpai 5g je..5g utk sbln plak tu..aku gune lpas 3 hari..nah hampeh slow nak mampus.nak surf internet pun,sakit hati..klau lawan ngan semut, semut pun menang...npe nak limit2, tak kan celcom takde alternatif nak upgrade line HPDA yg diwar2 sblm ni..connect line HPDA,tp still line 3g lagi..ingat lpas ni nak terminate je..tak berbaloi lsg byr 68 sbln..nasib baik umah aku tak de line tpon. klu tak lame dah aku amik streamyx..lagi stabil..nsib baik tak terikat ngan kontrak..amik astro pun 50 lebih sbln..bleh tgok bola kat espn, lagi puas hati..

Golddass-FX on August 31, 2009 at 11:36 PM said...

memang puas hati pakai maxis broadband ni. setelah aku comparekan dengan celcom broadband dulu. laju sungguh ...mahal sikit tapi sungguh berbaloi.tq maxis

redzuan on October 26, 2009 at 2:48 AM said...

saya tak pernah rasa puas hati dengan broadband di malaysia. nak surf pun tak boleh. semuanya hampeh. tapi dah takde pilihan. broadband maxis ke celcom ke digi ke semuanya hampeh dan taik. harap2 tokey dia kena hempap cable elektrik lagi bagus. semuanya hampeh2 belaka

Anonymous said...

bodoh betul simcard maxis broadband ni xleh detect dengan iphone utk dijadikan moderm..
brengsekkss...

Anonymous said...

Aku plak pakai celcom broadband...memang berbaloi...aku dengar maxis mmg indah khabar dari rupa...kalu nak pakai broadband, pakai yang pakej advance...mahal xpe, tapi puas hati...kalu pakai pakej biase, lambat la nak surf..satu lagi, celcom tawarkan pakej advance 5GB download...aku pakai sapami lebih...lambat skit tp still bleh download...so, pilihan di tangan kalian...bagi aku, celcom lebih murah daripada yang lain

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas