Thursday, January 15, 2009

Apa Jawapan Israel??


Israel didesak disiasat berikutan dakwaan serangan serta pengeboman secara 'sembarangan' dan 'membuta tuli' di kawasan kediaman penduduk awam selain tindakan askarnya menggunakan keluarga Palestin sebagai perisai manusia.

Dengan angka kematian hampir mencecah 1,000 orang ketika pertempuran memasuki hari ke-18 semalam, tekanan semakin hebat agar satu siasatan bebas membabitkan insiden tertentu termasuk pengeboman sekolah PBB sehingga menyebabkan 40 orang terbunuh dan persoalan sama ada taktik perang tentera Israel menyalahi undang-undang kemanusiaan.

Jawatankuasa kanan hak asasi PBB kelmarin meluluskan resolusi mengecam tindakan Israel kerana 'mengingkari asasi manusia secara besar-besaran.'



Tentera Israel dituduh:



# Menggunakan bom berkuasa tinggi di kawasan penduduk awam dengan kesedaran bahawa ia akan menyebabkan kemalangan jiwa yang tinggi.

# Menggunakan senjata yang diharamkan seperti bom fosforus.

# Menahan keluarga Palestin untuk dijadikan perisai manusia.

# Menyerang pasukan perubatan termasuk kematian 12 pekerja ambulans di dalam kenderaan rasmi.

# Membunuh sejumlah besar polis yang tidak mempunyai peranan tentera.

-sumber BH

apa jawapan dari mereka??? adakah semua ini tidak benar??

Related Posts ;



1 comments:

Jolynn on January 15, 2009 at 7:55 AM said...

Israel laknatullah ingin menghancurkan orang Islam, bukan?

Post a Comment

 

Kumpul Info. Copyright 2008 All Rights Reserved by solehpolysas